Pengenalan Kajian Tempatan

Blog ini dihasilkan bertujuan memberikan satu sajian ilmu dalam media baru bagi memudahkan murid-murid sekolah rendah di Malaysia mendapat ilmu tambahan selain daripada buku teks. Konsep yang mempunyai kadar mobiliti yang tinggi dengan sambungan internet memudahkan murid membuat rujukan dimana juga mereka berada.

Read More

Rumah Dalam Negara

Murid-murid telah belajar mengenai petempatan awal, faktor mempengaruhi kepadatan, dan fungsi rumah. Guru boleh menerangkan mengenai dua jenis rumah yang terdapat di Malaysia iaitu rumah tradisional dan rumah moden.

Read More

Rumah diluar Negara

Ruangan ini dibangunkan untuk murid lebih memahami dan dapat melihat secara jelas tentang rumah-rumah yang terdapat di negara-negara lain yang mana mempunyai struktur rekacipta yang berbeza berbanding dengan rumah yang terdapat didalam Negara.

Read More

Soalan Latihan

Latihan dibekalkan kepada pelajar bagi mengukuhkan kefahaman mereka tentang topik yang mereka pelajari. Soalan berbentuk latihan kertas dan pensil ini akan membantu mereka khususnya apabila menghadapi peperiksaan.

Read More

Video Pengajaran

Ruangan video ini dibina bagi memberikan gambaran yang lebih realistik bagi memudahkan murid memahami pembinaan satu-satu bentuk rumah. Penggunaan visual akan lebih disukai dan ia mampu menarik minat murid ketika melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Read More

Sertai Komuniti Pembelajaran

Search

27 February 2010

Pelan Pembinaan Rumah


26 February 2010

Rumah di Zon Sejuk

Iglu

Iglu ialah rumah musim sejuk yang berbentuk separuh bulatan. Iglu dibina daripada ketulan ais. Di zon sejuk terdapat pelbagai jenis rumah iaitu iglu, tupik dan rumah kayu.

Tupik

Tupik ialah khemah yang berbentuk segi tiga, iaitu rumah musim panas. Tupi dibina daripada kulit anjing laut atau karibu.


Rumah bumbung "V" terbalik  dan berserombong

Rumah daripada kayu mempunyai bumbung berbentuk “V” terbalik dan berserombong.

24 February 2010

Rumah di Zon Sederhana Panas

Rumah bumbung "V" terbalik dan tiada serombong

Zon Sederhana Panas mempunai rumah jenis sebuah dan teres. Rumah di zon ini mempunyai bumbung berbentuk “V” terbalik. Walaupun zon ini suhunya rendah pada musim sejuk tetapi tidak bersalji. Rumah di sini tiada serombong asap.

21 February 2010

Rumah Panjang Iban Sarawak


Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri maupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar.

20 February 2010

Rumah Tiang 12


Di Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Bentuk kedua-duanya tidak banyak beza. Rumah Tiang 12 ini hanya terdapat di beberapa kampung dan Bandar Kota Bharu, usianya hapir 100 tahun dan ianya semakin pupus.