Pengenalan Kajian Tempatan

Blog ini dihasilkan bertujuan memberikan satu sajian ilmu dalam media baru bagi memudahkan murid-murid sekolah rendah di Malaysia mendapat ilmu tambahan selain daripada buku teks. Konsep yang mempunyai kadar mobiliti yang tinggi dengan sambungan internet memudahkan murid membuat rujukan dimana juga mereka berada.

Read More

Rumah Dalam Negara

Murid-murid telah belajar mengenai petempatan awal, faktor mempengaruhi kepadatan, dan fungsi rumah. Guru boleh menerangkan mengenai dua jenis rumah yang terdapat di Malaysia iaitu rumah tradisional dan rumah moden.

Read More

Rumah diluar Negara

Ruangan ini dibangunkan untuk murid lebih memahami dan dapat melihat secara jelas tentang rumah-rumah yang terdapat di negara-negara lain yang mana mempunyai struktur rekacipta yang berbeza berbanding dengan rumah yang terdapat didalam Negara.

Read More

Soalan Latihan

Latihan dibekalkan kepada pelajar bagi mengukuhkan kefahaman mereka tentang topik yang mereka pelajari. Soalan berbentuk latihan kertas dan pensil ini akan membantu mereka khususnya apabila menghadapi peperiksaan.

Read More

Video Pengajaran

Ruangan video ini dibina bagi memberikan gambaran yang lebih realistik bagi memudahkan murid memahami pembinaan satu-satu bentuk rumah. Penggunaan visual akan lebih disukai dan ia mampu menarik minat murid ketika melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Read More

Sertai Komuniti Pembelajaran

Search

Showing posts with label RUMAH MODEN. Show all posts
Showing posts with label RUMAH MODEN. Show all posts

28 February 2011

RUMAH KONDOMINIUM



Kondominium – Bangunan bertingkat yang dianggap hartanah mewah dan eksklusif. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pemaju atau pengurusan adalah lebih baik daripada apartmen. Antara kemudahan tersebut ialah tempat letak kereta khusus untuk setiap pemilik, kolam renang, gimnasium, tempat cucian pakaian, lif, kawasan berpagar dan perkhidmatan sistem keselamatan yang lebih ketat.

RUMAH BERKEMBAR


Rumah Berkembar – Dua buah rumah berasingan tetapi berkongsi dinding yang sama dan mempunyai pintu masuk berasingan.

RUMAH PANGSA


Rumah Pangsa – Bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan. Kemudahan asas yang disediakan oleh pihak pemaju/pengurusan termasuklah tempat letak kereta terbuka, pembuangan sampah dan lif. Secara umum, rumah pangsa dikelaskan sebagai rumah mampu milik.

RUMAH TERES


Rumah Teres – Rumah berasingan yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi dinding dengan rumah di sebelahnya sama ada di sebelah kiri atau kanan atau kedua-duanya sekali. Ia mengandungi sekurang-kurangnya tiga unit rumah dan lebih.

RUMAH BANGLO



Rumah Banglo – Rumah berasingan yang tidak berkongsi dinding dengan rumah lain. Klasifikasi sesebuah rumah banglo biasanya boleh dibahagikan kepada 1 tingkat hingga 3 tingkat lebih.