Pengenalan Kajian Tempatan

Blog ini dihasilkan bertujuan memberikan satu sajian ilmu dalam media baru bagi memudahkan murid-murid sekolah rendah di Malaysia mendapat ilmu tambahan selain daripada buku teks. Konsep yang mempunyai kadar mobiliti yang tinggi dengan sambungan internet memudahkan murid membuat rujukan dimana juga mereka berada.

Read More

Rumah Dalam Negara

Murid-murid telah belajar mengenai petempatan awal, faktor mempengaruhi kepadatan, dan fungsi rumah. Guru boleh menerangkan mengenai dua jenis rumah yang terdapat di Malaysia iaitu rumah tradisional dan rumah moden.

Read More

Rumah diluar Negara

Ruangan ini dibangunkan untuk murid lebih memahami dan dapat melihat secara jelas tentang rumah-rumah yang terdapat di negara-negara lain yang mana mempunyai struktur rekacipta yang berbeza berbanding dengan rumah yang terdapat didalam Negara.

Read More

Soalan Latihan

Latihan dibekalkan kepada pelajar bagi mengukuhkan kefahaman mereka tentang topik yang mereka pelajari. Soalan berbentuk latihan kertas dan pensil ini akan membantu mereka khususnya apabila menghadapi peperiksaan.

Read More

Video Pengajaran

Ruangan video ini dibina bagi memberikan gambaran yang lebih realistik bagi memudahkan murid memahami pembinaan satu-satu bentuk rumah. Penggunaan visual akan lebih disukai dan ia mampu menarik minat murid ketika melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Read More

Sertai Komuniti Pembelajaran

Search

15 February 2011

Rumah Kutai

Rumah Kutai



Rumah ini adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. 

Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit.

Rumah ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan.
Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. 

Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan  sikap rendah diri penghuni rumah ini.
Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak. Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.