Sertai Komuniti Pembelajaran

Search

27 February 2009

Rumah Melaka


Di Melaka rumah tradisionalnya dikenali dengan panggilan Rumah Melayu Melaka. Ia masih terdapat di seluruh Negeri Melaka sehingga kini. Rumah ini terkenal dengan tangga batunya yang disalut dengan jubin beraneka warna yang diimport dari China dan India. Rumah yang asli menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.

Pembahagian ruangnya pula terdiri dari ruang serambi, di hadapan adakalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengah terdapat sebuah bilik dan diantara rumah ibu dan rumah dapur terdapat satu ruang dipanggil selang.

Terdapat di ruang tengah sebuah ruang di antara bumbung dengan bilik dipanggil peran atau loteng. Kegunaan ruang tersebut selain sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat majlis juga sebagai tempat simpanan barang-barang. Rumah ini biasanya dibina dari kayu cengal, meranti dan damar laut.


0 comments:

Post a Comment