Di Johor terdapat rumah-rumah bebentuk Limas, mudah dikenali kerana bumbungnya mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas menurun ke cucuran atap. Di hujung cucuran atapnya dihiasi dengan ukiran-ukiran. Rumah jenis ini terdapat di daerah Pontian.
Ciri-ciri untuk mengenali rumah ini ialah pada puncak bumbungnya dipasang kayu yang berbentuk tajam dipanggil Tunjak Langit. Rumah jenis ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di bahagian hujung serambi ialah ruang anjung. Ruang serambi ini dipisahkan oleh dinding dengan ruang ibu rumah. Manakal ibu rumah dan ruang dapur dipisahkan oleh ruang selang atau selasar.
Bahan binaannya adalah dari kayu cengal, keranji, penak, meranti dan sebagainya.
2 comments:
jemput singgah untuk rekabina berciri tropika dengan pengaruh timur.....http://timurtropika.blogspot.com/
Artikel yg bagus
Post a Comment